Malam itu sama seperti malam lainnya.
Dia dalam selimut ungu nya
dan
aku
dalam dakapan bantal biru ku.
Dan dengan setiap hembus nafasnya
hati ku luluh sedikit demi sedikit
sambil
pipi ku cair setetes demi setetes ke dalam bantal tidurku.
Aku rindu,aku merengek.
Aku tahu,dia jawab laju.
Penulisan kamu seperti orang mabuk,dia kata dan diam sebelum sambung,Atau separa mabuk.
Aku ketawa dan walau aku boleh fikirkan seribu satu kombinasi bijak untuk
diucapkan aku kata,Iya aku mabukkan kamu.
Kamu cliche,dia mencebik.
Beri aku alasan lain,dia sambung.
Aku kata,Boleh,boleh sayangku.Bagaimana dengan....
[ dari sini bayangkan perkataan perkataan dan deskripsi eksplisit yang buat dia merah-merah
sendiri . ]
7 comments:
puisi genius. Saya suka.
wooho! berani!
yeah. ini yang kita mahukan..merobek fikiran pembaca untuk membuat tafsiran sendiri sebagai konklusi.
ah. kalau boleh mahu juga buat.
saya boleh sahaja. :)
aku tak boleh buat puisi yang tak straight forward saja maksudnya.
cemburu.
:))
M
Post a Comment