Dia benci Jamal.
Dia rasa Jamal tidak benar benar mencintainya.
Kemudian dia jumpa Taufik.
Taufik pun sama.
Nak buat apa semua nak cepat aja.
Satu hari dia jumpa
Irham.
Irham lain.
Irham agak comot semasa makan,dan selalu minta di bayarkan.
Tapi dia cinta Irham.
[ buat masa sekarang ]
Kerana bila bila
Irham sms atau bagi kad ucapan,
Irham akan eja LOVE pakai
el oh vee dan ee.
Yang lain mesti eja
el yu vee.
Benci.
8 comments:
PADA SAAT JIMI MENGEJA CINTA
Kehadapan Bidadariku,
Andai kata kau merindu, terbalikkan bantal kekabumu, tepuk tujuh kali bertalu, dan pada tepukan yang ke tujuh kali sayangku - pejam matamu, seru namaku, nescaya aku akan segera mampir dalam mimpi manismu.
[Pada akhirulkalam, Jimi mengeja cinta (like lovers do):]
el yu es ti,
JIMI.
.
.
.
"Jimiiiiiiiiii!!!" *sol*
Rojak Bellamy,
KL, 2009
El yu es ti.
Jimi lebih jujur dari Irham,barangkali.
;)
M
HARI INI KITA PUTUS
(sengaja aku sediakan kampit muntah untuk Sufian Abas dari kertas warnawarni, hak hak hak)
Mim,
Dari berkongsi
baik sendiri.
Aku pergi.
KLAB
KL, 2009
[Q: Sufian, kau dah start muntah belum?]
Post a Comment