Sunday, May 3, 2009

Starla -

Sesungguhnya
aku sudah penat
menggilap bintang bintang
untuk di buat
juntaian
di atas
alas tidurmu
[ semata mata untuk mengingatkan mu akan aku. ]

Boleh kah engkau melakukannya sendiri,
mulai hari ini?

Aku sudah tidak kuasa lagi.

[ itu juga kalau kau mahu,kekasih ]

3 comments:

Anonymous said...

erm.

sudah sampai masa, kadangkala.

kita perlu berhenti. mencinta.

Z.A said...

dan nak rasa juga untuk dicintai.

sinaganaga said...

SAJAK JIMI UNTUK KEDUA-DUA ORANG GADIS

Satu monday morning
setelah Jimi bangkit dari tidur
dan ketika mengemas katil realitinya
dia menulis pada papan iklan:
"Sebelah katil untuk disewa! Tilam empuk! 017-884 XXXX!"

Satu monday morning,
Jalan Wisma Putra
KL, 4 Mei