Wednesday, June 22, 2011

Dynamics -

Dia kata Tunggu situ,I'll get back to you.Janji tak tipu.
Jadi aku diam walaupun nak sangat tanya pelan pelan Bila tapi
entah mungkin kerana malu di lihat orang orang dan perhubungan
kami masih terlalu awal untuk aku melibas cemeti emosi jadi aku diam.

Perempuan baju merah depan aku telah bangun dan pergi.
Laki laki baju hijau tadi sudah bertambah mabuk dan sekarang
dia akan mula bertindak bodoh oh okay,dia sudahpun
di siram entah vodka entah martini--gelap sangat I can't really tell.

Aku diam sambil memandang pintu tadi.
Kaca di pintu itu berbentuk segi empat,dan di dalam segi empat yang
besar itu ada enam segi empat kecil.Masing masing dengan fros putih.
Semakin ramai yang membuka untuk pulang,tak ada yang datang.
Oh ada satu.
Datang mengambil kunci mobil yang ketinggalan buat pulang.

Desember.
Bulan terakhir untuk melunaskan janji janji awal tahun
dan hari hari terakhir untuk mengail setidak tidaknya
satu calon buat parti tahun baru,you know,
acara sosial yang akan sentiasa di hadiri
perempuan perempuan asing yang sentiasa lebih muda dan jauh lebih cantik
dan hey,aku tidak lagi muda dan cantik
tapi tak apa ada orang di sisiku.Paling tidak.

Sekarang cuma tinggal aku,pelayan bar yang sepertinya bakal membunuh diri sebentar lagi,
sepasang kekasih yang ingin pulang ke rumah
pulang untuk melepaskan semua jenama dari tubuh masing masing

dan Rene.