Tuesday, July 28, 2009

Twenty something -

Aku pasti dia tidak tahu sebanyak mana aku menginginkannya,pada detik ini,persis sekarang,sewaktu aku sedang menulis tentangnya.
Okay,mungkin sedikit,an idea,a gut feeling,atau just plain instinct.

Kadang kadang aku berfikir,hey,aku seharusnya lebih mengawal diri,
lebih tenang dan jauh lebih acuh tidak acuh.Mungkin aku harus lebih
memegang kendali dan menetapkan tempo perhubungan,I mean,aku tahu apa
yang aku mahu dan apa yang perlu aku lakukan,jadi kenapa tidak?

Aku punya kurang lebih beberapa puluh tahun lagi untuk hidup,menurut statistik,
itu pun kalau statistik tidak meleset,dan kalau kun fa yakun belum di bisikkan.

Perhaps aku harus mulai mencatat milestone kehidupan,malam pertama,kereta pertama,gaji pertama,rumah indah dengan pagar kayu pertama,anak pertama,post partum depression yang pertama,my first vintage Ungaro,julung julung kalinya sesi bikini wax,first solo major surgery dan entah apa lagi perayaan perayaan kecil.

Ataupun aku boleh
tarik nafas dalam dalam,
dan
kembali berfikir tentang dia-

dan
siang nanti mahu makan apa.

4 comments:

fauzi rashid said...

salam
twenty something...
kukira merupakan puisi menyoal diri dalam mengatur gerak langkah hidup...bahawa hidup ini adalah gerak dalam mencari erti yang tak pasti..namun kau terus mencari...

The Clown said...

Mati bila-bila pun boleh datang. Entah harini, entah esok, entah sekarang.

Buat apa fikirkan sangat tentang mati? Cuma ingatkan 'mati' kerana mengingati mati itu tuntutan agama.

Bila kira sentiasa mengingati mati, maka lebihlah amalan kita nanti.

Harap-hara demikianlah!

Basuh Baju said...

hidup ini pun sebenarnya mati..

tak perlu fikir sgt..hidup je..

Perempuan cerdas said...

Quarter life crisis.
Mungkin.

:)

M