Wednesday, June 24, 2009

Validasi -

Pagi itu aku buka
kabinet dalam kamar mandi
dan lihat satu persatu
item dalamnya.

Ubat kumur jenama kesukaanya.
Syampu bau lavender pilihannya.
Dental floss sutera untuk gigi sensitifnya.
Gillette Mach 3 hitam nya.

Sejak
beberapa bulan kebelakangan
segala sesuatu yang aku ada,
semuanya
entah dengan apa cara pasti membawaku
balik pada nya.

Roti gandum serat tinggi.
Pelbagai jenis jem buah buahan kerana dia benci
mentega kacang.

Bila kami tak bersama nanti,
aku terpaksa harus
mati
atau
tidak lagi tinggal di bumi.

Lebih baik dari teringatkan dia terus saban hari.

4 comments:

sinaganaga said...

Hah, tak ada baked bean???? Oooo... sori, salah rumah! :)

Aishah Nur Hakim said...

mari..

pindah ke bintang lain~
yang mungkin tak akan buat kita bertemu kembali pada yang telah pergi~

Alina said...

cadangan aishah itu macam menarik!

Perempuan cerdas said...

sinaganaga : Saya ada pernah buat entry pasal baked beans la. :D

Aishah dan Alina : Jom

M