Friday, June 12, 2009

Solusi -

Dia juga tahu cemburu.

Walaupun
kekasihnya itu
seperti pacat
bergelantungan dari dada nya
dia tetap aja cemburu.

Dia cemburu pada
hangat matahari yang pagi pagi mencium bahu telanjang
kekasihnya.
Dia cemas akan
hari esok yang
mungkin
membawa kejutan lain untuk kekasihnya.

Dia sudah capek mengeluh.
Dia tidak mahu lagi berkongsi.

Jadi besok,
dia akan
ke rumah kekasihnya,
panjat balkoni paling atas
apartemen empat lantai itu,
bungkus tubuh mungil itu dalam selimut
dan
terjun.

Sambil tersenyum.