Tuesday, April 14, 2009

Pheromones -

Jangan kamu text aku lagi,dia diam sebentar dan sambung,kerana dia tidak suka.

Aku kata,tapi aku suka kamu.

Dia sambut,iya aku juga tapi aku ada dia.

Jadi itu alasan mu,kerana sudah ada dia?,aku merajuk.

Dia memandang ku dengan pandangan yang tidak mungkin akan ku lupa selamanya,
mukanya penuh cinta tapi yang kudengar ialah dia berkata,

Kerana Sayangku,bukan semua orang akan meninggalkan segalanya untuk meraih cinta,
bukan semua orang akan mendapat sebuah cerita cinta epik untuk di tulis berulang ulang kali
dalam pelbagai versi dan
bukan semua orang menombor satukan hati dan aqli jatuh ke nombor dua.Bukan semua orang.
Ini memang bukan alasan ekstravagan dan puitis tapi itulah
yang sesungguhnya.
Bukan semua orang boleh lupakan semua benang yang terikat di kaki tangannya dan terus-terusan berimpi terbang.

Bukan semua orang.

5 comments:

Kenanga Biru said...

aku setuju.

bukan semua orang sanggup berkorban untuk meraih cinta.

aku link kamu.

Kenanga Biru said...

aku setuju.

bukan semua orang sanggup berkorban untuk meraih cinta.

aku link kamu.

hegira said...

oh.

ada yang di tepi jalan mengemis di manamana.

aku juga suka djenar. aduh. sedikit terganggu tapi.

Perempuan cerdas said...

Nikotin : Thanks :)

Hegira : Hehe.Saya suka terganggu.:)

M

stam said...

can i punch that dude?

:)