Wednesday, March 11, 2009

Delusional -

Hello.

Kita masih baru.
Dan malu malu.

Boleh jadi kadang kadang aku mengatakan
sesuatu yang sebenarnya untuk orang lain.
Tapi oleh kerana
dia belum sempat mendengarnya,
maka
aku mengatakannya kepadamu.

Dan
aku akan cuba mengingat
semua yang dia suka pada diriku,
dan
aku akan melihat apakah engkau akan suka
juga
aku yang begitu.

Aku akan mencuba untuk
masak makanan kegemaranmu
memijit lenguh belakang
sambil perlahan-lahan
membiasakan diri
mencium bahu mu.

Aku akan cuba mengingat bau nya
sambil memeluk kemas tubuh mu
sambil menutup mata memikirkan senyumannya.

Kamu bukan pengganti-
sayangku.

Kamu cuma baru.

Dan yang kita perlu
cuma-
waktu.

5 comments:

Perempuan cerdas said...

babi la kau ni tapi aku cinta kau

N

sinaganaga said...
This comment has been removed by the author.
sinaganaga said...
This comment has been removed by the author.
sinaganaga said...

LULLABY

Tidurlah- di bahu
Nanti kudendang lullaby
agar usai resah
gelisahmu.

Lelaplah- di pangku
Nanti saja ku ke kedai
beli sepatu baharu
buatmu.

[Bebeh, kakiku kesemutan!]


Jalan Wisma Putra
Kuala Lumpur
12 Mac 2009

Anonymous said...

nice...it remember me someone too