Saturday, November 29, 2008

Tabiat yang melekat dari kecil adalah membaca di dalam tandas setiap kali ada urusan panjang.
Mungkin ini sisa tabiat duduk atas potty depan tv dan di ruang tamu semasa kecil tapi,apa-apalah.

Tak boleh kalau tak membawa bahan bacaan.
Tak terinspirasi tau.

Sekiranya tandas yang di gunakan merupakan
tandas di rumah saudara yang tiada timbunan majalah atau buku
atau segan nak buat perangai
maka
akan capai botol shampoo
shower foam
atau apa-apa ajalah yang ada tulisan.
Akan baca.
Baca sampai hafal.

Kalau tiada botol-botol yang boleh dibaca
jadi
mata akan cari cap sinki,atau apa-apa yang ada abjad.

Kalau tiada juga
[ kes di tandas awam ]
maka jom kita keluarkan hp dan bersms.

Ya.
Dan ada satu kepuasan bila org yg di sms tanya
' Sedang buat apa ? '

Senyum nakal.
Dan balas sms tanpa rasa bersalah.

2 comments:

NS said...

fulamak.samala kita.jangan kata shampoo,tag kat berus jamban pun i baca hak hak hak

Anonymous said...

haaa,u remind me of someone. Adrian Yap. dy pun mcm u. suka baca. he penah tulis kot dkt nstp about his love for reading dlm tandas. ahaa/